Selamat Datang Ke Laman Web Perpustakaan Peta Negara, JUPEM      
Hubungi :-
Perpustakaan Peta Negara
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Tingkat 1, Bangunan Ukur
Jalan Semarak
50578 Kuala Lumpur.
Tel : 603-26170800
ext : 934/939
Fax : 603-26970140
Email : ppn@jupem.gov.my
Waktu Perkhidmatan
Isnin - Khamis 8:00pg-5:00ptg
Jumaat 8:00pg-12:15tgh
2:45ptg-5:00ptg

Soalan Lazim

  1. Berapakah jumlah maksima pinjaman yang dibenarkan di PPN?
    Jumlah maksima pinjaman bahan ialah 5 unit setiap jenis koleksi yang dibenarkan pinjam.

  1. Sekiranya buku yang dipinjam hilang, apakah tindakan yang diambil?
    Jika buku yang dipinjam hilang, peminjam mestilah menggantikan dengan buku yang sama kepada perpustakaan.

  2. Berapakah tempoh peminjaman bahan bagi setiap koleksi?
    Tempoh peminjaman adalah bergantung kepada setiap koleksi seperti jadual di bawah:

BAHAN
KAKITANGAN PERPUSTAKAAN
PENGURUSAN &PROOFESIONAL
KUMPULAN SOKONGAN
PENGGUNA LUAR (PINJAMANANTARA PERPUSTAKAAN)
Buku (Koleksi terbuka)
30 hari
30 hari
30 hari
30 hari
CD (Koleksi terbuka)
7 hari
7 hari
7 hari
-
Buku (Tanda Merah)
8 jam
8 jam
8 jam
-
Akta
30 hari
30 hari
30 hari
-
Tesis
30 hari
30 hari
30 hari
-
Piawaian
30 hari
30 hari
30 hari
-
Lembar Susunan
-
90 hari
90 hari
-
Bahan Cetak
-
30 hari
30 hari
-
Koleksi Buku Peperiksaan
30 hari
30 hari
30 hari
-
Buku pinjaman antara perpustakaan
Tempoh peminjaman berdasarkan polisi perpustakaan yangmemberi pinjam
Tempoh peminjaman berdasarkan polisi perpustakaan yangmemberi pinjam
Tempoh peminjaman berdasarkan polisi perpustakaan yangmemberi pinjam
-
  1. Sekiranya pengguna ingin meminjam buku di perpustakaan lain selain PPN, apakah prosedur yang perlu dilakukan?
    Pengguna haruslah menyatakan lokasi bahan (nama perpustakaan) tersebut, tajuk buku, nama penerbit, nombor ISBN, nombor pengkelasan buku dan maklumat- maklumat lain pada buku yang dikehendaki.

  2. Berapakah tempoh pinjaman yang diberikan oleh perpustakaan lain yang memberi pinjambahan?
    Tempoh pinjaman bahan dari perpustakaan luar adalah bergantung kepada polisi perpustakaan yang membenarkan pinjam.

  3. Apakah maksud dan fungis WebOPAC?
    WebOPAC merupakan katalog atas talian berasaskan web yang digunakan bagi mengesan bahan-bahan yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan bersama dengan butiran maklumat seperti no panggilan, status pinjaman dan lain-lain.

  4. Bagaimakah cara penggunaan WebOPAC untuk mencari bahan seperti buku perpustakaan?
    Cara-cara penggunaan WebOPAC adalah seperti berikut:

      1. Sila klik WebOPAC pada laman utama Perpustakaan Peta Negara.
      2. Pengguna boleh membuat pencarian bahan menerusi mana-mana kaedah pencarian. (’Jenis Carian’ atau ’Punca Akses’).
      3. Masukkan kata kunci pada ’Teks Carian’ dan klik butang ’Cari’.
      4. Keputusan pencarian akan terpapar. Catatkan butiran yang diperlukan untuk pencarian bahan yang seterusnya di rak buku.
  1. Siapakah dan bagaimanakah untuk membuat log masuk selepas mendaftar sebagai ahli Perpustakaan Peta Negara?
    Pengguna yang boleh membuat log masuk ialah Kakitangan JUPEM Ibu Pejabat, Negeri serta Juruukur Gunasama yang dipertimbangkan keahliannya setelah mengisi Borang Pendaftaran. Cara membuat log masuk ialah dengan menaip Nombor Mykad ataupun Tentera (Kakitangan Bahagian Geospatial Pertahanan, JUPEM sahaja) dan katalaluan taipkan nombor 1 sahaja. Setelah log masuk, pengguna boleh menukar kata laluan mengikut kehendak masing-masing yang tidak melebihi 8 aksara.
  1. Bolehkah pengguna luar seperti penyelidik atau pelajar datang ke Perpustakaan Peta Negara untuk menggunakan perkhidmatan rujukan samada peta, foto udara dan buku?
    Boleh, bagi pengguna luar JUPEM seperti penyelidik, pelajar dan sebagainya, surat kebenaran daripada Ketua Jabatan institusi berkenaan mestilah dikemukakan kepada pihak perpustakaan setiap kali ingin menggunakan perkhidmatan rujukan.