Hubungi :- Perpustakaan Peta Negara
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Tingkat 1, Bangunan Ukur
Jalan Semarak
50578 Kuala Lumpur.
Tel : 603-26170800
ext : 934/939
Fax : 603-26970140
Email : ppn@jupem.gov.my
Waktu
Perkhidmatan
Isnin
- Khamis
8:00pg-5:00ptg
Jumaat
8:00pg-12:15tgh
2:45ptg-5:00ptg
Perkhidmatan
1.
Perkhidmatan Rujukan Peta, Foto
udara dan koleksi perpustakaan yang lain.
Pihak
perpustakaan bersedia memberi khidmat rujukan kepada
pengguna yang ingin merujuk peta foto udara dan
koleksi perpustakaan yang lain. Pihak perpustakaan
akan memberi penerangan lanjut mahupun khidmat nasihat
sekiranya ada pertanyaan daripada pengguna.
2. Perkhidmatan Kaunter.
Pinjaman
bahan
Antara
bahan-bahan yang diberi pinjam ialah seperti
buku, cakera padat, lembar susunan, bahan cetak
dan sebagainya mengikut tempoh yang telah ditetapkan
pada setiap bahan. Bahan yang diklasifikasikan
sebagai bahan rujukan dilarang untuk dipinjam.
Seksyen-seksyen di JUPEM yang ingin membuat
peminjaman bahan-bahan pemetaan di perpustakaan
seperti Bahan Cetak, Lembar Susunan, Foto udara
dan Peta, hendaklah mengemukakan memo terlebih
dahulu dengan menyatakan tujuan peminjaman bahan
tersebut. Memo tersebut juga mestilah ditandatangani
oleh Ketua Seksyen ataupun Juruukur yang diberi
kuasa untuk menandatangani.
Pengguna
perpustakaan diingatkan supaya bertanggungjawab
ke atas semua bahan yang dipinjam atas nama
peminjam.
Pemulangan
bahan
Bahan-bahan
Perpustakaan yang dipinjam hendaklah dipulangkan
pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.
Kakitangan
yang gagal memulangkan bahan-bahan perpustakaan
selepas tamat tempoh peminjaman, akan diambil
tindakan segera dengan memberi surat peringatan.
Pembaharuan
pinjaman bahan
Pembaharuan
pinjaman bahan-bahan perpustakaan hanya boleh
dilakukan dengan menghubungi terus kepada Pustakawan
atau Pembantu Perpustakaan di talian 03-26170939
iaitu sebelum tamat tempoh tarikh peminjaman
yang ditetapkan.
Bahan
yang telah tamat tarikh pemulangan tidak dibenarkan
membuat pembaharuan. Sila dapatkan bantuan di
kaunter untuk proses seterusnya.
Tempoh pembaharuan bahan adalah bergantung kepada
jenis bahan.
Pembaharuan hanya dibenarkan sekali sahaja.
Tempahan
bahan
Pengguna
boleh membuat tempahan bahan yang diperlukan
melalui sistem perpustakaan www.library.jupem.gov.my
ataupun menghubungi terus kepada Pustakawan
atau Pembantu Perpustakaan di talian 03-26170939.
Pengguna
hanya boleh membuat tempahan bahan yang masih
dalam peminjaman pengguna lain sahaja. Bahan
yang terdapat di atas rak atau berstatus available
semasa mengakses webOPAC, tidak boleh ditempah.
Pinjaman
antara perpustakaan/ Inter Library Loan (ILL)
Perkhidmatan
ini lebih dikenali dengan Sistem Pembekalan
Penerbitan (SPP). Jika kakitangan JUPEM yang
ingin mendapatkan bahan daripada perpustakaan
luar, sila maklumkan kepada Pustakawan ataupun
Pembantu Perpustakaan.
Bagi
perpustakaan luar yang merupakan ahli SPP, bahan
bercetak seperti buku yang diketagorikan sebagai
Koleksi Terbuka (KT) sahaja boleh dipinjam.
Pengguna
perpustakaan (kakitangan JUPEM) yang menggunakan
perkhidmatan ini perlu diingatkan supaya memulangkan
bahan-bahan yang dipinjam ke kaunter perpustakaan,
JUPEM dua (2) hari sebelum tarikh pemulangan
yang telah ditetapkan.
3. Perkhidmatan
Pertanyaan Rujukan
Pengguna
perpustakaan boleh mengemukakan pertanyaan yang
berkaitan dengan bahan-bahan atau koleksi-koleksi
PPN samada datang sendiri ke perpustakaan atau
melalui e-mail ataupun telefon.
Pengguna
juga boleh menyemak sendiri bahan-bahan atau
koleksi-koleksi yang terdapat di perpustakaan
dengan melayari laman web PPN iaitu www.library.jupem.gov.my
kemudian klik pada WebOPAC. Pengguna boleh menaip
judul buku/penerbit/subjek yang dikehendaki.
4. Perkhidmatan
Kesedaran Semasa
Perkhidmatan
ini berperanan menyebarkan maklumat terkini kepada
pengguna-pengguna perpustakaan. Perpustakaan akan
menyebarkan keratan akhbar yang berkaitan dengan
JUPEM, Kementerian Sumber Alam dan Alam Sekitar
(NRE) dan jabatan-jabatan lain di bawah NRE untuk
perhatian pegawai atasan JUPEM.
5. Pendaftaran
Keahlian
Kakitangan
yang ingin meminjam bahan-bahan perpustakaan
mestilah menjadi ahli berdaftar terlebih dahulu
dengan mengisi Borang Pendaftaran Pengguna.
Borang yang telah lengkap diisi diserahkan ke
kaunter Perpustakaan Peta Negara, Tingkat 1,
Bangunan Ukur atau diemelkan ke ppn@jupem.gov.my.
Keahlian terbuka kepada warga JUPEM di Ibu Pejabat
dan juga negeri. Bagi kakitangan luar JUPEM
yang berjawatan sebagai Juruukur melalui skim
gunasama, pendaftaran menjadi ahli perpustakaan
adalah dipertimbangkan.
6. Perkhidmatan
Capaian Internet
Perkhidmatan
ini boleh digunakan kepada pengguna yang berkunjung
ke perpustakaan.
Perkhidmatan
disediakan bagi memudahkan pencarian maklumat-maklumat
yang diperlukan oleh pengguna.