-
Orang awam mestilah mendaftar nama terlebih dahulu
di Buku Pelawat sebelum membuat sebarang rujukan.
-
Telefon bimbit, pager dan sebarang alat telekomunikasi
yang berkaitan dengannya mestilah dimatikan sebelum
masuk ke perpustakaan.
-
Beg, fail, topi keledar dan payung tidak boleh dibawa
masuk ke dalam perpustakaan. Ia hendaklah diletakkan
di tempat yang disediakan.
-
Hendaklah berpakaian formal dan bersopan bila berada
di perpustakaan.
-
Pegawai perpustakaan yang bertugas berhak meminta
pengguna keluar dari perpustakaan jika didapati
tidak berpakaian sopan atau menimbulkan kekacauan.
-
Meletakkan buku-buku di atas troli selepas digunakan.
-
Pengguna tidak dibenarkan mengalihkan buku dari
rak asal ke rak lain. Memindahkan perabot dan kelengkapan
perpustakaan dari tempat yang asal adalah dilarang
sama sekali.
-
Pengguna mestilah patuh kepada peraturan senyap
di perpustakaan.
-
Makan, minum dan membuat sampah adalah dilarang
di dalam perpustakaan. Merokok tidak dibenarkan
sama sekali di dalam perpustakaan.
-
Pengguna boleh membuat pencarian maklumat dengan
menggunakan sistem OPAC (Online Public Access Catalogue)
yang disediakan.
-
Pengguna-pengguna yang didapati memiliki bahan perpustakaan
tanpa kebenaran akan diambil tindakan tatatertib.
-
Sekiranya didapati pengguna telah melanggar peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan maka pihak pengurusan
perpustakaan boleh dengan serta merta mengambil
tindakan yang sewajarnya ke atas individu tersebut.
-
Pihak perpustakaan berhak meminda peraturan-peraturan
perpustakaan dari semasa ke semasa.