Selamat Datang Ke Laman Web Perpustakaan Peta Negara, JUPEM      
Hubungi :-
Perpustakaan Peta Negara
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Tingkat 1, Bangunan Ukur
Jalan Semarak
50578 Kuala Lumpur.
Tel : 603-26170800
ext : 934/939
Fax : 603-26970140
Email : ppn@jupem.gov.my
Waktu Perkhidmatan
Isnin - Khamis 8:00pg-5:00ptg
Jumaat 8:00pg-12:15tgh
2:45ptg-5:00ptg
Mengenai Perpustakaan Peta Negara

1. PENGENALAN

Perpustakaan Peta Negara (PPN) merupakan pusat penyimpanan bahan pemetaan yang diterbitkan oleh Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (DPNM). Sebahagian besar bahan-bahan adalah dikelaskan sebagai terperingkat (terhad) terutamanya peta topografi dan fotoudara.

PPN memainkan peranan yang penting dalam kerja-kerja penyelidikan peta serta menyelenggara kemudahan rujukan kepada bahan-bahan kerja pemetaan. Di samping itu, PPN juga menyelenggara buku-buku dan majalah-majalah dalam bidang ukur dan pemetaan untuk pinjaman dan juga rujukan.

Peta-peta rampaian dan tematik serta salinan-salinan peta diterima daripada seberang laut juga disimpan sebagai sebahagian daripada koleksi perpustakaan. Perpustakaan juga turut menyimpan peta-peta panduan jalan raya yang diterbitkan oleh agensi kerajaan dan awam.

2. SEJARAH PENUBUHAN

PPN telah ditubuhkan pada tahun 1965 di bawah syarat Kertas Jemaah Menteri. PPN merupakan salah sebuah unit di bawah Cawangan Kualiti dan Penyelidikan Peta, Seksyen Perkhidmatan Pemetaan, Bahagian Pemetaan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). PPN mempunyai enam (6) unit kecil iaitu Unit Foto udara, Unit Bahan Pemetaan, Unit Monograf/Terbitan Bersiri, Unit Sirkulasi/Rujukan, Unit Arkib dan Unit Pendokumentasian.

3. OBJEKTIF

    1. Menjadi pusat kecemerlangan peta negara.
    2. Memberi khidmat sokongan kepada jabatan melalui pembinaan koleksinya yang berkaitan dengan disiplin ukur dan pemetaan.
    3. Menjadi pusat rujukan bagi bahan berkaitan dengan disiplin ukur dan pemetaan.

4. FUNGSI

    1. Mengumpul, merekod dan menyimpan peta-peta, foto udara dan bahan pemetaan yang diterima secara penyerahan daripada DPNM.
    2. Menyediakan perkhidmatan rujukan dan perujukan maklumat bahan pemetaan.
    3. Menyediakan khidmat sokongan kepada jabatan dengan menyediakan bahan rujukan dan maklumat dalam disiplin ukur dan pemetaan.